981 Page Views
Alisya Shareen
Fill the moment with life..Feel the moment with love..

Status

alisya shareen is missing someone...

Gifts

Awww...I have no gifts.
You can be the first to send me a gift!
Send me a gift now!

Videos

Profile

Basic
Personal
Dating
    Profile Photos
      Profile Videos

Journals

Monday,May 11 2009, 05:55:34 AMCINTA tidak selalu berbentuk BUNGA.

Aku mencintai suamiku kerana sifatnya yang semulajadi dan aku begitu menyukai perasaan hangat yang muncul di hati ketika bersandar di bahunya yang bidang.

Tiga tahun dalam alam perkenalan, dan dua tahun dalam alam perkahwinan, harus aku akui bahawa aku mulai rasa bosan dan lelah dengan kehidupan berumahtangga dengannya dan alasan-alasan mencintainya dulu telah berubah menjadi sesuatu yang menjemukan.

Aku seorang wanita yang berjiwa sentimental dan benar2 sensitif serta berperasaan halus. Aku merindui saat-saat romantis seperti seorang anak yang menginginkan belaian. Tetapi semua itu tidak lagi aku perolehi. Suamiku jauh berbeza dari apa yang aku harapkan dulu. Rasa sensitifnya kurang. Dan ketidakmampuannya dalam menciptakan suasana yang romantis dalam perkahwinan kami telah memusnahkan semua harapan tentang kehidupan cinta yang ideal.

Suatu hari, aku beranikan diri untuk menyatakan keputusan untuk bercerai.

“Mengapa?”, dia bertanya dengan terkejut.

“Aku lelah, kamu tidak pernah memberikan cinta yang aku inginkan”

Dia terdiam dan termenung sepanjang malam di depan komputernya, nampak
seolah-olah sedang mengerjakan sesuatu, padahal tidak.

Kekecewaan aku semakin bertambah, seorang lelaki yang tidak dapat mengekspresikan perasaannya, apalagi yang dapat aku harapkan darinya?

Dan akhirnya dia bertanya, “Apa yang dapat aku lakukan untuk mengubah fikiranmu?”.

Aku menatap matanya dalam-dalam dan menjawab dengan perlahan, “Aku ada satu pertanyaan, jika kau dapat menemui jawapannya, aku akan mengubah fikiranku: Seandainya, aku menyukai setangkai bunga indah yang ada di tebing gunung dan kita berdua tahu jika kau memanjat gunung itu, kau akan mati. Apakah kau akan melakukannya untukku?”

Dia termenung dan akhirnya berkata, “Aku akan memberikan jawapannya esok.”

Hatiku langsung gundah mendengar reaksinya. Keesokan paginya, suamiku tiada di rumah, dan aku menemui selembar kertas dengan coretan tangannya di bawah sebuah gelas yang berisi susu hangat yang bertulis…

“Sayang, aku tidak akan mengambil bunga itu untukmu, tetapi izinkan aku untuk menjelaskan alasannya.”

Kalimat pertama ini menghancurkan hatiku. Aku lantas terus membacanya.

“Sayang, kau biasa menggunakan komputer dan selalu menghadapi masalah
kerosakan program di dalamnya dan akhirnya menangis di depan monitor, Aku harus memberikan jari-jariku supaya dapat membantumu dan memperbaiki programnya.”

“Kau selalu lupa membawa kunci rumah ketika keluar rumah, dan aku harus memberikan kakiku supaya dapat menendang pintu, dan membukakan pintu untukmu ketika pulang.”

“Kamu suka jalan2 ke luar kota tetapi selalu sesat di tempat-tempat baru kamu kunjungi, Aku harus menunggu di rumah agar dapat memberikan mataku untuk mengarahkan jalan untukmu.”

“Kamu selalu kelelahan pada waktu ‘teman baikmu’ datang setiap bulan, dan aku harus memberikan tanganku untuk memicit kakimu yang kebas.”

“Kamu seorang yg suka diam di rumah, dan aku selalu khuatir kamu akan menjadi ‘aneh’. Dan aku harus membelikan sesuatu yang dapat menghiburkanmu di rumah atau meminjamkan lidahku untuk menceritakan hal-hal lucu yang aku alami.”

“Kamu selalu menatap komputermu, membaca buku dan itu tidak baik untuk
kesihatan matamu, aku harus menjaga mataku agar ketika kita tua nanti, aku masih dapat menolong memotong kukumu dan mencabuti ubanmu.”

“Tanganku akan memegang tanganmu, membimbingmu menyusuri pantai, menikmati matahari pagi dan pasir yang indah. Menceritakan warna2 bunga yang bersinar dan indah seperti cantiknya wajahmu”.

“Tetapi sayangku, aku tidak akan mengambil bunga itu untuk mati. Kerana, aku tidak sanggup melihat air matamu mengalir menangisi kematianku.”

“Sayangku, aku tahu, di luar sana ada banyak orang yang mampu mencintaimu lebih dari aku mencintaimu.”

“Untuk itu sayangku, jika semua yang telah kuberikan dengan tanganku, kakiku, mataku, tidak cukup bagimu. Aku tidak dapat menahan dirimu mencari tangan, kaki, dan mata lain yang dapat membahagiakanmu.”

Air mataku jatuh di atas tulisannya dan membuat tintanya menjadi kabur, tetapi aku tetap berusaha untuk membaca selanjutnya…

“Dan sekarang, sayangku, kamu telah selesai membaca jawapanku. Jika kau berpuas hati dengan semua jawaban ini, dan tetap menginginkanku untuk tinggal di rumah ini, tolong bukakan pintu rumah kita, aku sekarang sedang berdiri di luar pintu menunggu jawapanmu.”

“Jika kamu tidak puas, sayangku, biarkan aku masuk untuk mengambil barang-barangku, dan aku tidak akan menyusahkan hidupmu. Percayalah, kebahagiaanku adalah apabila kau bahagia.”.

Aku segera berlari membuka pintu dan melihatnya berdiri di depan pintu dengan wajah keliru sambil tangannya memegang susu dan roti kesukaanku.

Oh, kini baru aku tahu, tidak ada orang lain yang pernah mencintaiku lebih dari dia mencintaiku. Itulah cinta, di saat kita merasa cinta itu telah beransur-ansur hilang dari hati kita kerana kita merasakan pasangan kita tidak dapat memberikan cinta dalam bentuk yang kita inginkan, maka cinta itu sesungguhnya telah hadir dalam bentuk lain yang tidak pernah kita bayangkan sebelumnya.

Seringkali yang kita perlukan adalah memahami bentuk cinta dari pasangan kita, dan bukan mengharapkan bentuk tertentu kerana cinta tidak selalu harus berbentuk “bunga”.

 Tag : cinta, bunga | 89 Views | Post Comments | Share with Friends | Recommend

Monday,Apr 27 2009, 01:45:54 PMMENGAPA PILIH PASANGAN BERUSIA??

Matang - pasangan berusia baik lelaki atau wanita bijak dan tidak memandang remeh perkara penting dalam mengurus rumah tangga.


Stabil - pasangan berusia sudah mencapai tahap kehidupan stabil baik dari aspek kerjaya dan ekonomi. ...

Read More...

 Tag : opinion | 91 Views | 1 Comments | Share with Friends | Recommend

Monday,Apr 27 2009, 01:40:12 PMcintanya langit pada si laut..

Dahulukala, langit dan laut saling jatuh cinta. Mereka saling
menyukai di antara satu sama lain. Oleh sebab sangat sukanya laut
terhadap langit, warna laut sama dengan warna langit. Oleh sebab
sangat sukanya langit terhadap laut, warna langit sama denga warna
laut. ...

Read More...

 Tag : love | 64 Views | Post Comments | Share with Friends | Recommend

Guestbook

7/28/2009 9:06 AMhai..

mankim
luqman hakim 17, george town, Malaysia
apa khabar? boleh kenalan tak?

7/25/2009 12:31 AMhiii...

mhm8334
hafiz 26, Muar, Malaysia
selamat berkenalan.....
sihat ka?

7/27/2009 4:26 AMRe: hiii...

Azlisya
alisya share 23, george town, Malaysia
elo..sihat pak..hehee..

11/22/2009 10:35 PMRe: Re: hiii...

mhm8334
hafiz 26, Muar, Malaysia
elo..sihat aja... heheh
sory agak bz kebelakangan nie...
kamu sihat?

7/11/2009 5:31 AMHow is life with u??

georgesaw
George 40, Dublin, Ireland
Hi, dear

Was good? i saw your profile which am intrersted in knowing you more? pls can u tell me more about youself.

7/5/2009 11:57 AMBeautiful day

rameshangel2005
Ramesh Royal Zorpian Verified Zorpian 22, Chennai, India

6/30/2009 12:34 PMhi petty girl...

Joesty
Josety 25, george town, Malaysia
nice to meet u...

6/11/2009 3:35 AMhie

theeguanping
B 24, Malaysia
hie.

6/11/2009 2:44 PMRe: hie

Azlisya
alisya share 23, george town, Malaysia
hie too...

6/12/2009 1:01 AMRe: Re: hie

theeguanping
B 24, Malaysia
how u there ?
recently wat u doing there

6/8/2009 8:25 AMhi sweet

ezrow1
ezzlan 31, Malaysia
hi ally im ezzlan from sbrg jaya penang..
nice knowing to u n hope we could be a friend.
pls add me & my yahoo id is ezrow1@yahoo.com
gv me ur hp no also pls..see u..

5/18/2009 9:17 AMPROGRAM KEUSAHAWANAN

shidazul
zulkifli 41, george town, Malaysia
Salam semua kenalan...


Dikesempatan ini sy ingin mengambil peluang untuk berkongsi dengan sahabat2 sekalian kehebatan produk kami Lumiglow(krim kecantikan pelbagai guna),Smartlink prepaid debit master card( Am Bank)dan pelbagai lagi Produk kesihatan dari Syarikat Uptrend Network S/B
banyak kelebihan dan keistimewaan bukan sekadar utk kecantikan dan kesihatan tetapi juga peluang jana pendapatan dgn konsep e-commerce kami
Untuk keterangan lanjut, boleh la layari www.shidazul.ui2u.com

Saya memerlukan sesiapa yang berminat untuk bersama-sama menjalankan biz untuk menambahkan pendapatan sampingan disamping membantu membina kehidupan yang lebih bermakna...
Tahukah anda wang bukan segalanya namun segalanya memerlukan wang
SATU SESI TAKLIMAT PROGRAM KEUSAHAWANAN CYBER AKAN DIADAKAN PADA HARI JUMAAT 22/05/09,BERTEMPAT DI VISTANA HOTEL BUKIT JAMBUL PULAU PINANG,PADA JAM 9 MLM.ANDA SEMUA DIJEMPUT HADIR.

cal/sms zul 016-4390588

Penang…

5/15/2009 12:05 PMHi

jigar13
jigar 25, Baroda, India
How r u?

5/15/2009 11:41 AMsalam sejahtera

shidazul
zulkifli 41, george town, Malaysia
Dikesempatan ini sy ingin mengambil peluang untuk berkongsi dengan sahabat2 sekalian kehebatan produk kami Lumiglow(krim kecantikan pelbagai guna),Smartlink prepaid debit master card( Am Bank)dan pelbagai lagi Produk kesihatan dari Syarikat Uptrend Network S/B
banyak kelebihan dan keistimewaan bukan sekadar utk kecantikan dan kesihatan tetapi juga peluang jana pendapatan dgn konsep e-commerce kami
Untuk keterangan lanjut, boleh la layari www.shidazul.ui2u.com ..

Saya memerlukan sesiapa yang berminat untuk bersama-sama menjalankan biz untuk menambahkan pendapatan sampingan disamping membantu membina kehidupan yang lebih bermakna...
Tahukah anda wang bukan segalanya namun segalanya memerlukan wang

wasallam,
<<Previous 1 2 3 Next >>
Post Comment
Subject:
Body: