217 Page Views
arina's Homepage
 

Gifts

Awww...I have no gifts.
You can be the first to send me a gift!
Send me a gift now!

Profile

Basic
Personal
  • About me:i'm arina.. i'm simple person... happy go lucky but sometimes....
  • Language:malay
  • Interests:reading
  • Favorite books:novel
  • Favorite music:love song,soft song
  • Favorite TV programs:tv3,tv9
  • Favorite movies:normal
  • I'm looking for:'new friend's n hope u all can make a friend with me...
Dating
    Profile Photos

Journals

Thursday,May 21 2009, 12:40:44 PMSurat Cinta Zaman Moden

Kekasih, Dalam kesuraman ultra lembayung tika tujuh bulan menumpahkan cahaya dibawah kaki langit khirmizi, tiba-tiba aku terkenangkan eurika nostalgia cinta lama yang kita palitkan berdua. Kehadiranmu bersama molekul-molekul hidrogen menerjang segala kekusutan yang membelit tali perutku. Dan kehadiranmu itu mengajar aku erti rindu gelora dan shahdu. Kau juga mengajarku erti cinta, singa laut,beruang kutub, penguin, kambing salji, mee rebus, cendol, koridor, kotak pensil, tali kasut dan pasu bunga.Kala itu, kita bagaikan Nobita dan Sizuka.Kau dan aku umpama Kurt Cobain dan Rafeah Buang yang tidak dapat dipisahkan. Malangnya percintaan yang mendapat liputan meluas hingga ke planet Ziku itu telah mengundang perpisahan yang akhirnya telah mengecewakan seluruh penternak lipan di Burma. Sesungguhnya perpisahan itu berpunca daripada penebangan pokok getah secara besar-besaran di Lembah Klang. Pemergianmu menyebabkan aku menghidap penyakit resdung dan hepatitis-Q secara mengejut. Ketiadaanmu memaksa aku memakai topi keledar setiap masa sebagai langkah keselamatan. Aku seperti tidak percaya dengan apa yang telah terjadi. Aku bagaikan tergelincir dari orbit bumi dan terpelanting ke ruang angkasa, apabila daya tarikan graviti terhadapku tiada lagi berfungsi setelah aku tersungkur dalam percintaan yang berlarutan hingga ke rubber-set. Seluruh perjalanan hidupku menjadi gelita bagaikan terperangkap di dalam Myspace yang gelap dan ditemani luncai dan labunya yang bagai sembilu. Sejak kau tiada, aku sering menyendiri berbual-bual dengan pokok betik untuk mengisi masa lapang. Kadang-kadang aku mengikat botol oren dan selipar jepun pada tiang rumah agar nampak lebih cantik dan menawan. Saban hari aku termenung di dalam peti sejuk mengenangkan dirimu yang entah kemana menghilang. Aku cuba bermain badminton sambil makan mee hailam untuk melupakanmu, tetapi aku tak berdaya kerana wajah mu bertempiaran seperti sampah2 di tepi jalan. Lalu aku membakar mesin basuh dan membelasah empat ekor itik serati jiran sebelah sebagai tanda aku tidak bersalah. Mengapa? Mengapa sayang? Mengapa ini semua bisa terjadi? Mengapa setelah kau curi hatiku, kau rompak cintaku lantas kau bunuh cintaku sehingga kau terbunuh dalam kemalangan cinta yang ngeri. Aku bagaikan terhimpit dan dihimpit oleh guni-guni batu yang kau timpakan di atas belakangku. Derita yang kau timpakan itu adalah bebanan yang terlalu berat untuk ku tanggung bagaikan mendukung 75 ekor biawak dan 386 ekor anak beruk. Dan kini segala harapanku hancur berkecai bagaikan aku terjatuh dari Menara Kuala Lumpur dan dihempap oleh Menara Berkembar Petronas lalu tersangkut di celah landasan LRT dan kemudiannya digilis pula keretapi Komuter hingga aku hancur berkecai seperti daging blender. Oh! terlalu berat dugaan yang kutempuhi kini ibarat computer riba hank akibat loading cerita Mat Sentul. Kini segalanya telah pun berakhir. Aku sedar siapa aku. Aku hanya insan biasa yang suka makan mi segera. Aku bukan McGyver, McDonald's, Superman atau Kesatria Baja Hitam. Aku juga bukanlah Ultraman seperti yang kau idam-idamkan. Aku menyedari kekurangan diri ini umpama kekurangan kemudahan awam di tempat sendiri. Tak perlu dikesali lagi kerana nasi telah menjadi capati dan tin sardin yang ku genggam ini telah pun luput tarikhnya. Walaupun segalanya telah pun berakhir, disini, diatas pokok getah ini aku tetap menunggu kau akan kembali. Selagi ada nafas ini, selagi ada kompleks membeli-belah SOGO, selagi ada kedai kasut selipar di sekitar Argentina, selagi kumpulan Metallica tidak berpecah, aku tetap menunggumu sehinggalah mentari terbelah lapan. Namun aku menyedari bahawa penantianku hanyalah sia-sia belaka. Akhirnya aku mengambil keputusan muktamad untuk menunggu tiang elektrik dihadapan rumahku berbuah. kalau tiang elektrik berbuah nanti, aku poskan buahnya kepadamu. Nak tak?

Guestbook

12/20/2009 12:08 PMto arina

trans5dec
optimus 23, Kuala Lumpur, Malaysia
nie sayer nyer email aliuddin_ali2002 at yahoo.com
send kan yeaa kalau tiang elektrik tue dah berbuah...heeeheehee

12/20/2009 12:05 PMahakz to arina

trans5dec
optimus 23, Kuala Lumpur, Malaysia
manee awak dapat eaa idea macam nee,cornform nie mesti boring tahap maximum tue yang tulis panjang2 kelakar pulakz tue..

12/20/2009 12:02 PMasalamualikum

trans5dec
optimus 23, Kuala Lumpur, Malaysia
aahakz haaahaahaaa lawak sungguh surat cinta tuee menunggu sehingga bulan terbelah 8 tue heehee buat lawak jee kenape termenung dalam peti sejuk,napee x dalam peti surat heheeheee pecah perutt saye bace surat cinta tue.. bolehh gakk pos kan je buahh yang di janjikan tue kat email sayer heee salam kenalan dari saya...add mee k sweety heeehee

7/15/2009 4:25 AMsalam

biduanda
Bob 30, Petaling Jaya, Malaysia
hi ariana leh kita kawan. biduanda_malam@gawab.com

7/16/2009 1:23 PMRe: salam

arina12
arina 29, Cheras, Malaysia
haaiii boleh nanti u send email kat i k.. arina.mohd@yahoo.com

8/5/2009 2:21 AMRe: Re: salam

biduanda
Bob 30, Petaling Jaya, Malaysia
bole. biduanda_malam@gawab.com
cheras duduk kat mana?

8/1/2009 3:59 PMRe: Re: salam

biduanda
Bob 30, Petaling Jaya, Malaysia
sorry saya lambat reply, saya baru balik dari sabah tgk tapak site. email saya biduanda_malam@gawab.com. opsss lupa salam perkenalan dari saya. wasallam

7/11/2009 5:12 AMHow is life with u???

georgesaw
George 40, Dublin, Ireland
Hi, dear

Was good? i saw your profile which am intrersted in knowing you more? pls can u tell me more about youself.

7/3/2009 5:55 AMHi

otikpo
Kenneth 31, Kuala Lumpur, Malaysia
Hello pretty angel how are u and how about ur familly ? well my dear ur profile cought my fantasy and i wish to show some appreciation, u are very beautiful, i really like u and will like to be ur good friend so pls if u dont mind u can add me with .... kenanike@yahoo.com. so we can get to know each other better, take care and hope to see u on a chat
Post Comment
Subject:
Body: