122 Page Views
bazri's Homepage
 

Gifts

Awww...I have no gifts.
You can be the first to send me a gift!
Send me a gift now!

Profile

Basic
    Profile Photos

Journals

Friday,Feb 13 2009, 06:08:06 AMDisiplin Dalam Mendidik Anak

Hampir saban hari kita mendengar berita tentang pembuangan anak. Segenap ceruk yang sebelum ini kita tidak pernah terfikir sebagai tempat buangan anak telah menjadi satu isu yang amat menyedihkan. Fenomena ini wujud kerana apa?… salah siapa?…

Jika di rumah, maka ibu bapa dipersalahkan kerana tidak mendidik dengan baik… di sekolah, guru pula dipersalahkan kerana tidak memberi pengajaran yang baik… di kampung, ustaz pula dipersalahkan kerana tidak memberi ajaran yang secukupnya… di…. maka jadilah kita seperti lagu “Bangau Oh Bangau”…. Pernahkah kita salahkan diri sendiri?… DISIPLIN diri… Saya ingin berkongsi dengan para pembaca budiman mengenai tajuk “Disiplin Dalam Mendidik Anak” secara ringkas berpandukan perkataan ANAK…

 A - Anugerah

Anak merupakan anugerah daripada Allah s.w.t. Apabila kita menyatakan ia sebagai satu anugerah, maka seharusnya ia amat bernilai dan termahal. Berapa ramai pasangan yang berkahwin tidak mempunyai anak… Jika di dunia ini kita menerima anugerah daripada seorang raja, betapa kita merasa bangga dan ternilainya anugerah tadi… apatah lagianugerah satu nyawa daripada Raja Segala Raja ( Allah s.w.t ) yang tiada bandingannya di dunia ini. Oleh itu, DISIPLIN diri kita untuk menjaga anugerah ini sebaik-baiknya.

N - Niat

Selepas kita sedari anak merupakan satu anugerah. Maka, kita perlu ada niat ikhlas untuk menjaga anugerah tersebut. Berapa ramai pasangan keluarga yang mempunyai anak telah mengabaikan mereka… mendera… menjual… mencabul… memperkosa… dan mem…. Ini kerana niat untuk menjaga anugerah tadi telah terpesong oleh kekuatan nafsu haiwaniah mereka. Justeru itu, DISIPLIN diri kita dalam membetulkan niat kita untuk menjaga anugerah tadi.

A - Amalan/Asuhan

Anak dilahirkan dengan suci bersih. Ibu bapa yang akan mencorakkan kehidupan mereka. Amalan dan asuhan ibu bapalah yang akan membentuk keperibadian mereka. Amalan ini meliputi pelbagai kompenen berkaitan keagamaan ( saya bukan ustaz dalam bidang ini ) dan corak asuhan ibu bapa. Idola teragung yang boleh dijadikan contoh dalam asuhan ( bapa ) ialah Rasullulah s.a.w. Maka, DISIPLIN diri kita dalam mengasuh serta amalan membentuk anak yang gemilang berlandaskan Islam.

K - Kerjaya Untuk Kecemerlangan

Kita sering lupa dalam mendidik anak-anak tentang kerjaya mereka. Kerjaya di sini bukan bererti kerjaya semata-mata untuk dunia malahan lebih penting untuk kerjaya akhirat jua. Berapa ramai pasangan yang sanggup menjual anak mereka kerana kemiskinan ( tiada kerjaya )… sedangkan dalam Islam amat menekankan soal-soal ekonomi untuk kecemerlangan ( kerjaya )…

Oleh sebab itu, DISIPLIN diri kita dalam membentuk kerjaya yang terbaik untuk anak… agar mereka cemerlang dunia dan akhirat… Kesimpulannya, DISIPLIN diri meripakan penentu jaya atau gagalnya kita untuk mendidik anak yang cemerlang, gemilang dan terbilang…. Ini adalah ulasan ringkas dari saya. Pembaca budiman dipohon memberi pendapat dan teguran jika apa yang saya tulis ini terkeluar daripada matlamatnya.

Dapatkan “Rahsia Di Sebalik 8 Huruf Disiplin” untuk pemahaman ringkas berkaitan dengan DISIPLIN…..

wasalam,

Bazri Alias

www.pustakatimur.com

Guestbook

7/16/2009 1:37 AMjulietammed@yahoo.com

juliet50
juliet 24, Senegal
julietammed@yahoo.com

my name is juliet i am a female with full of love and carely also good looking, i went through your profile at(zorpia.com )and i love it,i think we can click together please i will like you to email back through my email adderss thus:(julietammed@yahoo.com) please i will like you to use your email adderss to contact me directly to my emailbox.atdesame time i will show you my photo and you also know more about me.Remember the distance or colour does
not matter but love matters allot in life)
thank's for your understanding,
yours sincerely,
miss Juliet

6/20/2009 5:28 PMfavourkdoe@yahoo.com

Favoubabyfavour
Favour 24, Monrovia, Liberia

This comment has been removed due to its violation of our Terms and Conditions regarding spamming.


Post Comment
Subject:
Body: