|
Dari mata turun ke hati,
Itu tanda kasih menjadi,
Hanya dunia tidak menyepi,
Kerana cinta sudah dikecapi...
Cinta yang sejati pada Ilahi,
Cinta yang suci lagi sejati,
Cinta yang ditepati,
Dari dulu hingga ke generasi terakhir ini...
Pandanglah dari mata yang suci,
Bukan dari mata yang dengki dan benci,
Lagipun mata menipu mata sendiri,
Kerana ia menjadi bayangan yang tidak bererti...
Pandanglah dari mata hati yang nurani,
Bukan dari hati yang suci,
Carilah kelemahan diri,
Kotakan apa yang dijanji,
Yang direstui Ilahi,
Hingga ke akhir hayat nanti,
Dan akan kekal mewangi.... |