Chee Hong's Homepage
 

Journal

Friday,Apr 21 2006, 01:38:51 PMJobs at UUM

  • UUM

    (0 photos)

16 APRIL 2006
============

3000 JAWATAN KOSONG DI KARNIVAL KERJAYA

PRUUM ONLINE : SEBANYAK 3000 jawatan kosong akan ditawarkan sempena Karnival Kerjaya 2006 yang akan berlangsung di Universiti Utara Malaysia (UUM) bermula 20 hingga 22 April ini.

Jawatan kosong yang akan ditawarkan melalui temuduga terbuka (walk-in interview) itu meliputi pelbagai peringkat dari pengurusan dan pentadbiran, hingga perkeranian dan operasi, pekerja mahir dan separuh mahir serta operator pengeluaran.

Ini memberi peluang yang luas kepada mereka yang berkelulusan ijazah, diploma, sijil teknik, Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM), Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Penilaian Menengah Rendah (PMR).

Terdapat lebih daripada 1,000 kekosongan jawatan untuk siswazah dan pemegang diploma dan lebih daripada 600 kekosongan untuk operator pengeluaran.

Karnival tiga hari anjuran bersama UUM dan Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia (JTKSM) itu akan bermula dari pukul 9 pagi hingga 5 petang di ruang legar Perpustakaan Sultanah Bahiyah UUM.

Karnival tersebut akan disertai oleh 30 majikan dari seluruh negara kebanyakannya sektor swasta termasuk syarikat multinasional seperti Petronas, Malaysia Airports Berhad, dan beberapa syarikat korporat terkemuka.

Selain menawarkan pekerjaan, karnival itu juga bertujuan memberi bimbingan kepada bakal pelajar, graduan dan pencari pekerjaan untuk merancang kerjaya masing-masing serta memastikan setiap rakyat tanpa mengira keadaan dan latar belakang mempunyai peluang pekerjaan.

Semua pencari kerja diseru datang beramai-ramai dan membawa bersama mereka sijil serta dokumen berkaitan. Selain menghadiri temuduga terbuka, mereka juga boleh membuat pendaftaran secara dalam talian dengan percuma menerusi Sistem Pemadanan Kerja yang disediakan.

Semasa Karnival ini, tiga ceramah turut diadakan iaitu oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA), Bank Negara Malaysia (BNM) dan Holiday Villa bagi membantu pengunjung mendapatkan maklumat lebih jelas.

Pada masa yang sama, Pameran Kerjaya dan Pendidikan yang diadakan juga akan memberi peluang kepada pengunjung meninjau serta mendapatkan maklumat tentang peluang panduan khidmat nasihat memasuki IPT di Malaysia menerusi taklimat kemasukan ke IPT.

Bas-bas sewa khas akan disediakan untuk membawa pengunjung secara percuma dari Perhentian Bas Shahab Perdana Alor Star dan Pekan Jitra 2 ke Kampus UUM di Sintok sepanjang karnival ini. Untuk maklumat lanjut sila layari laman web www.uum.edu.my atau www.elx.gov.my.

Habis.

DARIPADA :
JABATAN PERHUBUNGAN AWAM
UNIVERSITI UTARA MALAYSIA

Guestbook

Post Comment
Subject:
Body: